l-i-f-e i-s y-o-u-r-s

Sunday, February 21, 2010

Siapa Hijjas Kasturi?

Di Malaysia, satu nama yang berdiri tinggi di atas mengatasi yang lain apabila seni bina bangunan disebut ialah Hijjas Kasturi.
Reka bentuk beliau termasuklah ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti,Menara Lion, Pusat Konvensyen Putrajaya,Bangunan Tabung Haji,pusat membeli-belah Lot 10, Hotel Nikko di Kuala Lumpur dan ibu pejabat baru Telekom Malaysia.Ini merupakan antara bangunan yang terhebat dan menkjubkan di negara ini.Ianya amat menyerlah hinggakan orang yang tidak tahu mengeja perkataan arkitek pun tahu mengenainya dan mengagumi keindahannya.
Dia juga telah memenangi pelbagai anugerah.Ini termasuklah ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Creation Award dan PAM 2002 Excellence Award.Dia juga telah menerima 2001 PAM Gold Medal Award daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia kerana sumbangan istimewanya kepada negara dalam bidang seni bina bangunan di Malaysia.
Artikel tentang penglibatan Hijjas dalam seni bina bangunan. "saya telah menceburi bidang ini selama 35 tahun.Dalam tahun 1950-an, tidak ramai yang mendapat panduan tentang kerjaya.Kami tidak tahu tentang seni bina bangunan.Saya mengambil bidang seni dan meminati bidang pembinaan, dan semakin lama masa yang saya habiskan membaca dan memahami tentangnya semakin bertambah minat saya di dalam bidang ini.Sejak itu tiada bidang lain yang saya minati".
Soalan seterusnya lebih menarik," bagaimanakah anda berehat?".
Dia menjawab, "saya fikir tentang seni bina bangunan, tidur seni bina bangunan, makan seni bina bangunan,ianya berada di dalam darah saya.Bila awak membentuk diri awak cara begitu, ia bukanlah satu kerja yang membebankan" . Bagi saya ini adalah satu usaha dan pengorbanan yang menakjubkan.
Insyaalah, saya akan berkongsi lagi kisah-kisah kejayaan orang terdahulu untuk dijadikan panduan.Kita tidak perlu mencari jalan baru untuk membina kejayaan kerana generasi sebelum kita dah menciptanya.Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menjadikan mereka contoh dan usaha mereka dijadikan panduan...

No comments:

Post a Comment