l-i-f-e i-s y-o-u-r-s

Monday, February 22, 2010

Kenapa tak kaya?




Sejak kebelakangan ini saya banyak menghabiskan masa membaca dan membuat rujukan tehadap buku-buku berkaitan kewangan dan pelaburan.Sehinggakan abang saya berkata,'' kalo dr skola dulu ko mcm ni,confirm skang ko dh jd angkasawan''.Saya bukannya seorang ulat buku ataupun pelajar yang rajin.Tapi oleh kerana kita minat dengan sesuatu perkara maka kita akan berasa seronok melakukannya sehinggakan tidak sedar masa berlalu terlalu lama.Berbual dan bertanya kepada orang yang berpengalaman dalam hal yang saya minat membuatkan semangat ingin tahu lagi dan lagi semakin membuak.Bak kata pujangga ''rendahkan dirimu serendah mutiara di dasar lautan dan tinggikan impianmu setinggi bintang di langit'', maka saya tidak segan silu berlumang dengan lumpur,pulang dengan pakaian kotor dan duduk melepak dengan golongan yang jauh lebih dewasa dari saya semata-mata ingin mempelajari sesuatu perkara yang akan menjadi bekalan untuk saya di masa hadapan.Masih saya ingat lagi 2 minggu lalu saya masuk ke dalam belukar dengan pakaian yang dikira agak segak kerana baru pulang dari sebuah majlis semata-mata ingin mencari dan melihat batu sempadan tanah yang telah diakui sempadannya oleh Juruukkur bertauliah.Saya dipelawa oleh seseorang dan takut tidak sempat.Teringat juga saat saya berada dikalangan hampir 1300 orang untuk pendaftaran tender padahal saya hanyalah volunteer yang mewakili 3 syarikat.Mungkin bagi sesetengah orang itu adalah kerja bodoh dan buang masa sebab tidak dapat apa-apa pun.Tetapi tidak bagi saya kerana saya mendapat satu pengalaman dan ilmu yang cukup berharga.Sekurang-kurangnya sekarang saya telah mengetahuinya.
Bila kita bercakap mengenai kewangan dan pelaburan perkara asas ataupun bab utama adalah pengurusan kewangan.Semua buku yang saya baca akan menekankan perkara yang sama.banyak orang berkata bahawa hanya orang kaya atau banyak duit saja yang perlu pengurusan kewangan kerana duit mereka banyak.Sebenarnya tanggapan kita salah sama sekali,mereka kaya dan banyak duit kerana mereka telah menguasai ilmu tersebut sebelum mereka kaya lagi.Tetapi kita yang tidak kaya dan tidak banyak duit adalah golongan yang harus mempelajarinya.Saya masih ingat kata-kata Pakar Kewangan , Azizi Ali ''kawal kewangan anda,biar wang menghasilkan pulangan dan nikmatilah hidup yang lebih bahagia''.Beliau bukanlah datang dari golongan berada tetapi saya kagum dengan cara dan usaha beliau.Walaupun mendapat pendapatan yang lumayan di awal usia muda tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa itu bukan jaminan kita akan menjadi kaya dan bahagia kerana kunci sebenar kekayaan adalah Pengurusan Kewangan.Sesiapa sahaja boleh mengecapi financial freedom asalkan mereka mempunyai displin dan pengurusan yang jitu.



DOWNLOAD CELIK WANG TERBITAN AKPK

No comments:

Post a Comment