l-i-f-e i-s y-o-u-r-s

Thursday, February 25, 2010

Dunia oh dunia...


dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan jalan buntu,seolah-olah dunia ini akan kiamat.kita diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah.kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas.tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.nyawa kita belum sampai ke kerongkong.cuba anda lihat setiap arah ke utara,selatan,timur dan barat.lihatlah penamat hidup anda hanya satu, iaitu ketika malaikatmaut memisahkan nyawa anda dari jasad.itupun anda masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam lain iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi.

Tuesday, February 23, 2010

Hope, love, life Pictures, Images and Photos

Quote #4 Pictures, Images and Photos

Kaca Mata


penampilan seseorang akan lebih menyerlah atau menarik bila dipadankan dengan kaca mata yang sesuai mengikut bentuk wajah mereka.pemilihan kaca mata yang salah boleh menyebabkan penampilan si pemakai kelihatan janggal atau tidak seimbang.
mari kita melihat serab sedikit panduan pemilihan kaca mata (sunglasses) mengikut kepadanan bentuk muka si pemakai.

#1 sesuaikan dengan dahi
untuk yang berdahi lebar pilihlah warna-warna yang menyerlah.warna-warna yang berani seperti merah,biru atau putih akan menarik pemerhatian orang sekeliling kepada bingkai kaca mata dan tidak kepada dahi anda.tetapi untuk mereka yang telah berusia,warna yang garang ini tidak berapa sesuai.kaca mata tanpa bingkai adalah ideal untuk anda.
untuk yang berdahi sempit pula kaca mata berbentuk oval tanpa bingkai di sekeliling adalah sesuai.bagi yang wajah bersegi pula kaca mataberbentuk oval yang berbingkai adalah paling sesuai untuk menyamarkan bentuk rahang yang menyerlah.

#2 sesuaikan dengan warna kulit
jika anda cerah,anda boleh memakai sebarang warna.untuk yang berkulit sawo matang,anda boleh memilih bingkai yang berwarna coklat gelap atau coklat cair.kepada yang berkulit gelap pula,pilihlah bingkai berwarna sejuk seperti biru gelap,ungu atau merah hati.
tetapi pemilihan warna juga bergantung kepada pemakaian atau majlis yang dihadiri supaya tidak kelihatan janggal.untuk majlis-majlis formal,elakkan memilih warna bingkai yang terlalu menyerlah.

p/s; banyak lagi tip pemilihan untuk memilih kaca mata/sunglasses.apa yang penting adalah kemampuan dan anda menyukainya.


Photobucket

Monday, February 22, 2010

24/7 sume dpt sama


np ek?ble kte tgh wt sumthing yg kte suke or sdg bersama dgn org yg kte syg masa drasa cpat sgt berlalu.hinggakan rasa cm tk adil ngn masa padahal masa tetap sm.sume org diberi 24 jam sehari n 7 hari seminggu.tkde sesaat pn lbih sume org sm.ade org yg merasakan masa lmbt sgt berlalu hingga rs cm nk tido je bia bangun2 je dh pagi esok.itu la kuasa masa bg manusia.ade org bijak mengurus ms n ade org lak tk taw hargai masa.byk dikalangan kte msh tidak sedar kepentingan ms.ble b'ckp soal ms byk pepatah yg kita jumpe, masa itu emas, masa ibarat pedang n byk lg.sume tu nk bgtaw kte yg ms terlalu berharga.tp yg plg kte kne taw adalah masa yg berlalu tkkn blh diulang smula.
jd kpd sape2 yg ade ruang n pluang b'sama insan t'syg.gunakan lah dgn sebaik mungkin krn mungkin tkde lg pluang utk anda di ms yg lain. kalo diberi pluang msti ramai antara kite yg nk ulang smula ms yg tlah berlalu.msti ade yg nk ubah itu n ini.termasuk juga sy byk benda yg nk dperbtulkan tp tu sume hanya mimpi je.ape yg blh kte lakukn hanyalah merancang n jdkn ms lalu sbg panduan utk mengecapi ms depan yg gemilang.kepada calon2 SPM sy doakn anda sume berjaya n coraklah ms dpan yg terbaik.pk mn yg tbaik n lakukn shabis mgkin..


p/s: maaf kerana saya menggunakan bahasa rojak.ini dilakukan untuk kelihatan lebih santai kepada si pembaca.

10 orang kaya Malaysia

Bila melihat senarai terkini 10 orang terkaya di Malaysia membuat aku terfikir bagaimana mereka mengumpul nilai wang begitu banyak.Bukan setakat nilai jutaan tetapi mencecah billion ringgit.Tetapi bila berbicara mengenai tycoon malaysia ini, saya lebih berminat untuk mengetahui bagaimana mereka bermula dan apa yang mereka usahakan berbanding hanya bercakap mengenai nilai kekayaan mereka kerana bukan kita boleh dapat pun sedikit dari harta mereka.Tetapi apa yang kita boleh dapat dari mereka adalah motivasi dan pengajaran dari laluan yang mereka pernah lalui.Itulah sebab utama kita harus mendekati mereka,walaupun tidak dapat berbual dan bersua muka cukuplah sekadar mengetahui dan mengikuti kisah mereka.



#1 Robert Kuok
Kuok Brothers Sdn. Bhd.

#2 Ananda Krishnan
Maxis Berhad

#3 Lee Shin Cheng
IOI Corporation

#4 Teh Hong Pow
Public Bank Berhad

#5 Lee Kim Hua
Genting (Janda Lim Goh Tong)

#6 Quek Leng Chan
Hong Leong Bank

#7 Yeoh Tiong Lay
YTL Corporation

#8 Syed Mokhtar Al-Bukhary
Bukhary Foundation

#9 Vincent Tan
Kumpulan Berjaya

#10 Tiong Hiew King
Rimbunan Hijau Group

Kenapa tak kaya?




Sejak kebelakangan ini saya banyak menghabiskan masa membaca dan membuat rujukan tehadap buku-buku berkaitan kewangan dan pelaburan.Sehinggakan abang saya berkata,'' kalo dr skola dulu ko mcm ni,confirm skang ko dh jd angkasawan''.Saya bukannya seorang ulat buku ataupun pelajar yang rajin.Tapi oleh kerana kita minat dengan sesuatu perkara maka kita akan berasa seronok melakukannya sehinggakan tidak sedar masa berlalu terlalu lama.Berbual dan bertanya kepada orang yang berpengalaman dalam hal yang saya minat membuatkan semangat ingin tahu lagi dan lagi semakin membuak.Bak kata pujangga ''rendahkan dirimu serendah mutiara di dasar lautan dan tinggikan impianmu setinggi bintang di langit'', maka saya tidak segan silu berlumang dengan lumpur,pulang dengan pakaian kotor dan duduk melepak dengan golongan yang jauh lebih dewasa dari saya semata-mata ingin mempelajari sesuatu perkara yang akan menjadi bekalan untuk saya di masa hadapan.Masih saya ingat lagi 2 minggu lalu saya masuk ke dalam belukar dengan pakaian yang dikira agak segak kerana baru pulang dari sebuah majlis semata-mata ingin mencari dan melihat batu sempadan tanah yang telah diakui sempadannya oleh Juruukkur bertauliah.Saya dipelawa oleh seseorang dan takut tidak sempat.Teringat juga saat saya berada dikalangan hampir 1300 orang untuk pendaftaran tender padahal saya hanyalah volunteer yang mewakili 3 syarikat.Mungkin bagi sesetengah orang itu adalah kerja bodoh dan buang masa sebab tidak dapat apa-apa pun.Tetapi tidak bagi saya kerana saya mendapat satu pengalaman dan ilmu yang cukup berharga.Sekurang-kurangnya sekarang saya telah mengetahuinya.
Bila kita bercakap mengenai kewangan dan pelaburan perkara asas ataupun bab utama adalah pengurusan kewangan.Semua buku yang saya baca akan menekankan perkara yang sama.banyak orang berkata bahawa hanya orang kaya atau banyak duit saja yang perlu pengurusan kewangan kerana duit mereka banyak.Sebenarnya tanggapan kita salah sama sekali,mereka kaya dan banyak duit kerana mereka telah menguasai ilmu tersebut sebelum mereka kaya lagi.Tetapi kita yang tidak kaya dan tidak banyak duit adalah golongan yang harus mempelajarinya.Saya masih ingat kata-kata Pakar Kewangan , Azizi Ali ''kawal kewangan anda,biar wang menghasilkan pulangan dan nikmatilah hidup yang lebih bahagia''.Beliau bukanlah datang dari golongan berada tetapi saya kagum dengan cara dan usaha beliau.Walaupun mendapat pendapatan yang lumayan di awal usia muda tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa itu bukan jaminan kita akan menjadi kaya dan bahagia kerana kunci sebenar kekayaan adalah Pengurusan Kewangan.Sesiapa sahaja boleh mengecapi financial freedom asalkan mereka mempunyai displin dan pengurusan yang jitu.



DOWNLOAD CELIK WANG TERBITAN AKPK

Hartanah: Pelaburan terbaik golongan muda



Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan, industri hartanah mempunyai salah satu peluang pelaburan yang terbaik untuk usahawan baru.Jika anda mempunyai wang simpanan dan bercita-cita untuk industri ini, mulakan dengan mendalami ilmu pendidikan hartanah kerana ia dapat menjamin kejayaan anda didalam perniagaan ini.Kini banyak sumber rujukan di pasaran yang boleh dijadikan panduan dan asas permulaan.Bak kata pepatah Cina ''perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama''.
Satu tips menarik untuk dikongsi ialah bagaimana memilih hartanah untuk dijadikan pelaburan untuk mereka yang baru (seperti saya) didalam industri ini.Jika anda memahami ilmu hartanah anda akan brejumpa dengan banyak tip-tip menarik dan semakin lama anda mencarinya semakin ia mengelirukan.Pernah anda terfikir, ''mana satu tip yang harus saya ikut?'' atau sesetengah orang kata begini dan sesetengah kata jangan buat begini.Jadi mana satu yang betul?
setiap penulis didalam industri hartanah mempunyai idea dan pengalaman masing-masing.Jika anda berasa sedikit keliru akan terma dan idea seseorang yang berkongsi pengalaman mereka tentang hartanah, anda hanya perlu tenang dan cuba memahami pesanan yang ingin disampaikan penulis.Jika tidak dapat dibendung, inilah satu tahap penerimaan yang dipanggil ''information overload'' yang memungkinkan anda tidak lagi mencari idea baru atau terus sahaja mematikan ''mood'' dan motivasi anda.Adakalanya lebih baik anda tidak mempunyai info yang terlalu banyak dan membuat keputusan berdasarkan ''rule of thumb'' yang mana lebih baik didahulukan.Maklumat yang berlebihan adalah satu masalah yang semua orang hadapi.Tidak kiralah jika anda berada di dalam industri situasi ini adalah penyakit yang sukar untuk diubati melainkan anda telah melakukan, merasai dan mencipta peluang didalam industri ini.Saya sendiri meletakkan pengelasan terhadap perbualan dan idea yang dikemukan oleh seseorang.Selalunya orang akan bercakap berdasarkan 4 faktor, pertama, berdasarkan fakta dan bukti yang sah, kedua, melalui pengalaman yang dilalui mereka sendiri dimasa lalu, ketiga, melalui pengalaman orang lain yang diceritakan kepada mereka dan ini terpulang kepada tahap pemahaman si pendengar, keempat, melalui rasa hati atau perasaan sendiri dan ini yang paling bahaya.Jadi, terpulang kepada kita sendiri untuk menilai.
Apa yang boleh saya katakan, bertenang dan proses maklumat itu dengan perbandingan.Baiklah,kembali pada topik perbincangan hari ini saya akan berkongsi sedikit tip bagaimana seorang 'average man' atau orang yang berpendapatan biasa mampu melakukan pelaburan hartanah.Pelaburan hartanah bersikap universal malah setiap pembelian hartanah akan membawa kesan langsung dan tidak langsung pada persekitaran anda.
Sebelum melakukan sebarang pelaburan, tanya diri sendiri dahulu, apakah yang anda cari sebenarnya? dan apakah matlamat anda sebenarnya? selepas itu baru anda merancang bagaimana anda ingin merealisasikan matlamat anda.Saya mencadangkan pada mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah dapatkan hartanah untuk kegunaan sendiri.Jika anda sedang menyewa rasanya inilah masa terbaik untuk anda mencari sebuah hartanah.Dapatkan sebuah rumah untuk berteduh dan yang paling penting anda selesa dan gembira tinggaldi sana.
Setelah itu barulah anda mencongak lebihan setiap bulan.Lakukan bajet yang terancang dan saya mencadangkan anda untuk mensasarkan pada pasaran penyewa berikut:
1) untuk eksekutif baru
2) untuk pasangan baru berkahwin
3) untuk pegawai syarikat
Untuk menarik eksekutif muda,pasangan baru berkahwin dan pegawai syarikat anda tidak perlu membelanjakan wang besar untuk membuat pelaburan.Ini kerana jika anda membeli rumah yang besar, bukan sahaja anda membelanjakan wang yang banyak malah ruang tersebut tidak dapat digunakan.
Cukup sahaja jika anda dapat mencari satu rumah kecil yang bersaiz 650 kaki persegi dan mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air atau dalam bentuk studio yang kini menjadi trend terbaru dikalangan eksekutif muda.Mereka ini memerlukan privasi, sebenarnya rumah yang terlalu besar bukan sahaja merugikan malah amat sukar untuk mencari penyewa.

Sunday, February 21, 2010

Siapa Hijjas Kasturi?

Di Malaysia, satu nama yang berdiri tinggi di atas mengatasi yang lain apabila seni bina bangunan disebut ialah Hijjas Kasturi.
Reka bentuk beliau termasuklah ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti,Menara Lion, Pusat Konvensyen Putrajaya,Bangunan Tabung Haji,pusat membeli-belah Lot 10, Hotel Nikko di Kuala Lumpur dan ibu pejabat baru Telekom Malaysia.Ini merupakan antara bangunan yang terhebat dan menkjubkan di negara ini.Ianya amat menyerlah hinggakan orang yang tidak tahu mengeja perkataan arkitek pun tahu mengenainya dan mengagumi keindahannya.
Dia juga telah memenangi pelbagai anugerah.Ini termasuklah ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Creation Award dan PAM 2002 Excellence Award.Dia juga telah menerima 2001 PAM Gold Medal Award daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia kerana sumbangan istimewanya kepada negara dalam bidang seni bina bangunan di Malaysia.
Artikel tentang penglibatan Hijjas dalam seni bina bangunan. "saya telah menceburi bidang ini selama 35 tahun.Dalam tahun 1950-an, tidak ramai yang mendapat panduan tentang kerjaya.Kami tidak tahu tentang seni bina bangunan.Saya mengambil bidang seni dan meminati bidang pembinaan, dan semakin lama masa yang saya habiskan membaca dan memahami tentangnya semakin bertambah minat saya di dalam bidang ini.Sejak itu tiada bidang lain yang saya minati".
Soalan seterusnya lebih menarik," bagaimanakah anda berehat?".
Dia menjawab, "saya fikir tentang seni bina bangunan, tidur seni bina bangunan, makan seni bina bangunan,ianya berada di dalam darah saya.Bila awak membentuk diri awak cara begitu, ia bukanlah satu kerja yang membebankan" . Bagi saya ini adalah satu usaha dan pengorbanan yang menakjubkan.
Insyaalah, saya akan berkongsi lagi kisah-kisah kejayaan orang terdahulu untuk dijadikan panduan.Kita tidak perlu mencari jalan baru untuk membina kejayaan kerana generasi sebelum kita dah menciptanya.Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menjadikan mereka contoh dan usaha mereka dijadikan panduan...

Financial Intelligent


''too often today,we focus on borrowing money to get the things we want instead of focusing on creating money.One is easier in the short term, but harder in the long term.It's a bad habit that we as individuals and as a nation have gotten into.Remember, that easy road often becomes hard and the hard road often becomes easy.The earlier you can train yourself and those you love to be masters of money the better.money is a powerful force.Unfortunately, people use the power of money against them.If your financial intelligence is low, money will run all over you.It will be smarter than you.if money is smarter than you, you will work for it all your life.To be master of money, you need to be smarter than it.Then money will do as it is told.It will obey you.Instead of being a slave to it, you will be the master of it.That is FINANCIAL INTELLIGENT.''

Wednesday, February 3, 2010

Belajar SEJARAH


Pada tahun 1543, sebuah buku telah menggemparkan dunia.Ia menimbulkan kemarahan, bantahan dan sesuatu yang sukar dipercayai di dalam dunia yang bertamadun.Ribuan manusia menyalahkan penulisnya dan melemparkan bermacam-macam tuduhan, termasuk menyatakan dia telah sesat ajaran dan sebagainya.
Malang atau sebaliknya, penulis itu meninggal dunia beberapa minggu selepas buku berkenaan diterbitkan.Malahan beliau hanya menerima senaskah buku itu di katil kematiannya.Oleh itu, tidak ada tindakan diambil ke atasnya.
Buku ini bertajuk 'De Revolutionibus Orbium Coelestium' dan nama penulisnya ialah Nicolai Copernicus.Buku tersebut telah menjadi sensasi kerana Copernicus mendakwa bahawa bumi dan kesemua planet lain berputar di sekeliling matahari berbanding dengan kepercayaan lama kononnya matahari, bulan, bintang dan semua planet lain berputar mengelilingi bumi.
Gereja Roman Katolik yang begitu berpengaruh ketika itu juga terperanjat dengan buku tersebut,pada pendapat mereka, Tuhan telah menjadikan manusia seperti rupanya, manusia hidup diatas bumi, oleh demekian segala-galanya di dunia mesti berputar mengelilingi bumi.
demikianlah kepercayaan pada ketika itu.bukannya setahun dua, tetapi untuk selama hampir 1500 tahun.lagipun konsep berkenaan dipopularkan oleh ahli stronomi greek yang terkenal, Ptolemy pada tahun 150 Masihi.
Walaupun salah, konsep ini dipegang kerana dua sebab.pertama, ia lebih mudah difahami, kedua ia menyebabkan manusia lebih penting sebagai kuasa besar dunia.
Copernicus sendiri pun memahami betapa seriusnya situasi ini.Walaupun pandangannya diketahui umum, beliau tidak berani menerbitkan ideanya.Dia sedar betapa besarnya bala yang akan menimpa sekiranya ideanya itu sampai ke telinga mereka yang berkuasa di Rom. Satu-satunya sebab mengapa ideanya dicetak juga akhirnya adalah atas desakan kawan-kawan.Seperti yang disebut sebelum ini, dia terlepas daripada dakwaan kerana telah meninggal dunia sejurus selepas buku itu diterbitkan.
Tetapi walaupun Copernicus telah tiada, ideanya bahawa bumi mengelilingi matahari sudah mulai bertapak.Ideanya digelar 'Sistem Copernican' dan mempunyain pengikutnya tersendiri.
Kira-kira 60 tahun kemudian, Galelio Galilei mengesahkan teori Copernicus apabila dia berjaya melakukan pelbagai penemuan dengan teleskopnya,malangnya idea berkenaan tidak begitu sihat, tidak seperti Copernicus, Galileo ditangkap dan dibicarakan oleh jawatankuasa penyiasatan di Rom, disabitkan kesalahan melakukan bidaah dan didesak menarik balik kepercayaannya terhadap 'Sistem Copernican' itu.Beliau menghabiskan kehidupannya di bawah tahanan rumah dan perhatian pegawai jawatankuasa penyiasatan.
Keputusan perbicaraan tersebut ternyata salah, lalu Pope John Paul II menarik balik keputusan itu dan mengakui bahawa idea galileo adalah betul selama ini.Malangnya, memandangkan ini dilakukan pada tahun 1992, Galileo telah meninggal dunia 350 tahun yang lalu.
Hari ini kita mengetahui situasi sebenar yang amat jauh bezanya.Malahan, hari ini juga kita akan ketawa jika ada orang menyatakan konsep yang tidak masuk akal seperti matahari mengelilingi bumi.Tetapi kita jangan lupa, ramai orang terpaksa menanggung beban yang tinggi (sesetengah kehilangan kebebasan dan kehidupan mereka) kerana mengemukakan idea berkenaan .Ingat bahawa idea yang tidak masuk akal itu telah dipegang untuk selama 1500 tahun lamanya, dipercayai oleh semua termasuk sarjana,cerdik pandai,paderi,tokoh akademik,raja dan ratu.
Kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku,terutama apabila ia telah dilakukan oleh generasi terdahulu.Apa yang boleh kita buat ialah mempunyai fikiran terbuka, ada idea yang mudah diterima, sesetengah yang lain mungkin nampak wajar kali pertama dan sesetengah amalan akan kekal lama, mungkin generasi demi generasi.Tetapi ini tidak bermakna yang semua idea itu betul.Mereka mungkin berada di landasan yang salah.Lihat sajalah apa yang dipercayai oleh manusia untuk selama 1500 tahun.
Idea yang pada mulanya tidak masuk akal itulah yang mungkin menjadikan impian anda tercapai.Idea yang radikal inilah mungkin menyebabkan anda mencapai impian dan matlamat anda.Pemikiran revolusioner mungkin akan membawa kebahagiaan kepada anda, keadaan kesihatan yang baik dan kemewahan.
Apakah anda bersedia dengan pemikiran yang terbuka?