l-i-f-e i-s y-o-u-r-s

Wednesday, February 3, 2010

Belajar SEJARAH


Pada tahun 1543, sebuah buku telah menggemparkan dunia.Ia menimbulkan kemarahan, bantahan dan sesuatu yang sukar dipercayai di dalam dunia yang bertamadun.Ribuan manusia menyalahkan penulisnya dan melemparkan bermacam-macam tuduhan, termasuk menyatakan dia telah sesat ajaran dan sebagainya.
Malang atau sebaliknya, penulis itu meninggal dunia beberapa minggu selepas buku berkenaan diterbitkan.Malahan beliau hanya menerima senaskah buku itu di katil kematiannya.Oleh itu, tidak ada tindakan diambil ke atasnya.
Buku ini bertajuk 'De Revolutionibus Orbium Coelestium' dan nama penulisnya ialah Nicolai Copernicus.Buku tersebut telah menjadi sensasi kerana Copernicus mendakwa bahawa bumi dan kesemua planet lain berputar di sekeliling matahari berbanding dengan kepercayaan lama kononnya matahari, bulan, bintang dan semua planet lain berputar mengelilingi bumi.
Gereja Roman Katolik yang begitu berpengaruh ketika itu juga terperanjat dengan buku tersebut,pada pendapat mereka, Tuhan telah menjadikan manusia seperti rupanya, manusia hidup diatas bumi, oleh demekian segala-galanya di dunia mesti berputar mengelilingi bumi.
demikianlah kepercayaan pada ketika itu.bukannya setahun dua, tetapi untuk selama hampir 1500 tahun.lagipun konsep berkenaan dipopularkan oleh ahli stronomi greek yang terkenal, Ptolemy pada tahun 150 Masihi.
Walaupun salah, konsep ini dipegang kerana dua sebab.pertama, ia lebih mudah difahami, kedua ia menyebabkan manusia lebih penting sebagai kuasa besar dunia.
Copernicus sendiri pun memahami betapa seriusnya situasi ini.Walaupun pandangannya diketahui umum, beliau tidak berani menerbitkan ideanya.Dia sedar betapa besarnya bala yang akan menimpa sekiranya ideanya itu sampai ke telinga mereka yang berkuasa di Rom. Satu-satunya sebab mengapa ideanya dicetak juga akhirnya adalah atas desakan kawan-kawan.Seperti yang disebut sebelum ini, dia terlepas daripada dakwaan kerana telah meninggal dunia sejurus selepas buku itu diterbitkan.
Tetapi walaupun Copernicus telah tiada, ideanya bahawa bumi mengelilingi matahari sudah mulai bertapak.Ideanya digelar 'Sistem Copernican' dan mempunyain pengikutnya tersendiri.
Kira-kira 60 tahun kemudian, Galelio Galilei mengesahkan teori Copernicus apabila dia berjaya melakukan pelbagai penemuan dengan teleskopnya,malangnya idea berkenaan tidak begitu sihat, tidak seperti Copernicus, Galileo ditangkap dan dibicarakan oleh jawatankuasa penyiasatan di Rom, disabitkan kesalahan melakukan bidaah dan didesak menarik balik kepercayaannya terhadap 'Sistem Copernican' itu.Beliau menghabiskan kehidupannya di bawah tahanan rumah dan perhatian pegawai jawatankuasa penyiasatan.
Keputusan perbicaraan tersebut ternyata salah, lalu Pope John Paul II menarik balik keputusan itu dan mengakui bahawa idea galileo adalah betul selama ini.Malangnya, memandangkan ini dilakukan pada tahun 1992, Galileo telah meninggal dunia 350 tahun yang lalu.
Hari ini kita mengetahui situasi sebenar yang amat jauh bezanya.Malahan, hari ini juga kita akan ketawa jika ada orang menyatakan konsep yang tidak masuk akal seperti matahari mengelilingi bumi.Tetapi kita jangan lupa, ramai orang terpaksa menanggung beban yang tinggi (sesetengah kehilangan kebebasan dan kehidupan mereka) kerana mengemukakan idea berkenaan .Ingat bahawa idea yang tidak masuk akal itu telah dipegang untuk selama 1500 tahun lamanya, dipercayai oleh semua termasuk sarjana,cerdik pandai,paderi,tokoh akademik,raja dan ratu.
Kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku,terutama apabila ia telah dilakukan oleh generasi terdahulu.Apa yang boleh kita buat ialah mempunyai fikiran terbuka, ada idea yang mudah diterima, sesetengah yang lain mungkin nampak wajar kali pertama dan sesetengah amalan akan kekal lama, mungkin generasi demi generasi.Tetapi ini tidak bermakna yang semua idea itu betul.Mereka mungkin berada di landasan yang salah.Lihat sajalah apa yang dipercayai oleh manusia untuk selama 1500 tahun.
Idea yang pada mulanya tidak masuk akal itulah yang mungkin menjadikan impian anda tercapai.Idea yang radikal inilah mungkin menyebabkan anda mencapai impian dan matlamat anda.Pemikiran revolusioner mungkin akan membawa kebahagiaan kepada anda, keadaan kesihatan yang baik dan kemewahan.
Apakah anda bersedia dengan pemikiran yang terbuka?

No comments:

Post a Comment