l-i-f-e i-s y-o-u-r-s

Monday, February 22, 2010

Hartanah: Pelaburan terbaik golongan muda



Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan, industri hartanah mempunyai salah satu peluang pelaburan yang terbaik untuk usahawan baru.Jika anda mempunyai wang simpanan dan bercita-cita untuk industri ini, mulakan dengan mendalami ilmu pendidikan hartanah kerana ia dapat menjamin kejayaan anda didalam perniagaan ini.Kini banyak sumber rujukan di pasaran yang boleh dijadikan panduan dan asas permulaan.Bak kata pepatah Cina ''perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama''.
Satu tips menarik untuk dikongsi ialah bagaimana memilih hartanah untuk dijadikan pelaburan untuk mereka yang baru (seperti saya) didalam industri ini.Jika anda memahami ilmu hartanah anda akan brejumpa dengan banyak tip-tip menarik dan semakin lama anda mencarinya semakin ia mengelirukan.Pernah anda terfikir, ''mana satu tip yang harus saya ikut?'' atau sesetengah orang kata begini dan sesetengah kata jangan buat begini.Jadi mana satu yang betul?
setiap penulis didalam industri hartanah mempunyai idea dan pengalaman masing-masing.Jika anda berasa sedikit keliru akan terma dan idea seseorang yang berkongsi pengalaman mereka tentang hartanah, anda hanya perlu tenang dan cuba memahami pesanan yang ingin disampaikan penulis.Jika tidak dapat dibendung, inilah satu tahap penerimaan yang dipanggil ''information overload'' yang memungkinkan anda tidak lagi mencari idea baru atau terus sahaja mematikan ''mood'' dan motivasi anda.Adakalanya lebih baik anda tidak mempunyai info yang terlalu banyak dan membuat keputusan berdasarkan ''rule of thumb'' yang mana lebih baik didahulukan.Maklumat yang berlebihan adalah satu masalah yang semua orang hadapi.Tidak kiralah jika anda berada di dalam industri situasi ini adalah penyakit yang sukar untuk diubati melainkan anda telah melakukan, merasai dan mencipta peluang didalam industri ini.Saya sendiri meletakkan pengelasan terhadap perbualan dan idea yang dikemukan oleh seseorang.Selalunya orang akan bercakap berdasarkan 4 faktor, pertama, berdasarkan fakta dan bukti yang sah, kedua, melalui pengalaman yang dilalui mereka sendiri dimasa lalu, ketiga, melalui pengalaman orang lain yang diceritakan kepada mereka dan ini terpulang kepada tahap pemahaman si pendengar, keempat, melalui rasa hati atau perasaan sendiri dan ini yang paling bahaya.Jadi, terpulang kepada kita sendiri untuk menilai.
Apa yang boleh saya katakan, bertenang dan proses maklumat itu dengan perbandingan.Baiklah,kembali pada topik perbincangan hari ini saya akan berkongsi sedikit tip bagaimana seorang 'average man' atau orang yang berpendapatan biasa mampu melakukan pelaburan hartanah.Pelaburan hartanah bersikap universal malah setiap pembelian hartanah akan membawa kesan langsung dan tidak langsung pada persekitaran anda.
Sebelum melakukan sebarang pelaburan, tanya diri sendiri dahulu, apakah yang anda cari sebenarnya? dan apakah matlamat anda sebenarnya? selepas itu baru anda merancang bagaimana anda ingin merealisasikan matlamat anda.Saya mencadangkan pada mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah dapatkan hartanah untuk kegunaan sendiri.Jika anda sedang menyewa rasanya inilah masa terbaik untuk anda mencari sebuah hartanah.Dapatkan sebuah rumah untuk berteduh dan yang paling penting anda selesa dan gembira tinggaldi sana.
Setelah itu barulah anda mencongak lebihan setiap bulan.Lakukan bajet yang terancang dan saya mencadangkan anda untuk mensasarkan pada pasaran penyewa berikut:
1) untuk eksekutif baru
2) untuk pasangan baru berkahwin
3) untuk pegawai syarikat
Untuk menarik eksekutif muda,pasangan baru berkahwin dan pegawai syarikat anda tidak perlu membelanjakan wang besar untuk membuat pelaburan.Ini kerana jika anda membeli rumah yang besar, bukan sahaja anda membelanjakan wang yang banyak malah ruang tersebut tidak dapat digunakan.
Cukup sahaja jika anda dapat mencari satu rumah kecil yang bersaiz 650 kaki persegi dan mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air atau dalam bentuk studio yang kini menjadi trend terbaru dikalangan eksekutif muda.Mereka ini memerlukan privasi, sebenarnya rumah yang terlalu besar bukan sahaja merugikan malah amat sukar untuk mencari penyewa.

No comments:

Post a Comment